Selasa, 13 Januari 2015

Tugasan 14 Januari

Salam sejahtera, para pelajar yang budiman.

Sila selesaikan latihan dalam buku 'Betulkan Imbuhan'.

Kamu boleh membuat tugasan secara berpasangan di luar bilik Bahasa Melayu atau di perpuskataan.

Harap maklum.

Selasa, 6 Januari 2015

Pengumuman I

Baca dan laksanakan arahan yang berikut.

1. Sila emel rakaman lisan kamu kepada Cikgu Arfah selewat-lewatnya pada jam 9 pagi esok, 7 Januari 2015.

2. Hantarkan fail Bahasa Melayu kamu juga pada 7 Januari 2015.

3. Ujian diagnostik akan diadakan pada 7 Januari 2015, selama 45 minit.  Komponen ujian meliputi pemahaman (30 markah) & lakaran karangan (20 markah).

4. Dua kelas tambahan akan diadakan dalam bulan Januari untuk menggantikan empat kelas dalam masa kurikulum pada bulan Februari.

Kelas-kelas tersebut akan diadakan pada:
i. Selasa, 13 Januari pada jam 2.00 hingga 4.00 petang
ii. Selasa, 20 Januari pada jam 2.00 hingga 4.00 petang

5.  Kerja rumah (bagi yang ketinggalan kelas hari ini):
Latihan 1 dalam buku 'Betulkan Imbuhan'. 

SEKILAS PANDANG

Sekilas Pandang

Matlamat:
Memperkembang dan memperkukuh kecekapan berbahasa para pelajar menerusi pendekatan Pembelajaran Gunaan.

Konsep Makro: Komunikasi
1.         Komunikasi merupakan suatu Seni dan juga Sains.
2.       Komunikasi merupakan sebuah proses bertimbal balik.
3.       Komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk.
4.       Komunikasi menjejas hubungan.

Disiplin: Bahasa Melayu

1.         Bahasa merupakan satu bentuk komunikasi.
2.       Bahasa dan budaya saling mempengaruhi.
3.       Bahasa menjejas hubungan.

Peraturan dalam kelas
1.        Sentiasa menghormati guru, rakan sebaya dan diri sendiri.
2.       Tidak lewat ke kelas atau lewat menghantarkan kerja rumah.
3.      Berminat untuk belajar dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
4.      Berusaha untuk mempertingkat kemahiran dan sentiasa memberikan yang terbaik.
5.      Tidak dibenarkan makan/ minum dalam bilik darjah.

6.      Tidak menggunakan alat elektronik dalam bilik darjah, melainkan dengan izin guru atau untuk tujuan pembelajaran.