Membaca

Taksonomi Bloom: Meneliti tahap kepayahan soalan & tuntutan terhadap pelajar






strategi qar
(question-Answer-relationships)

QAR merupakan satu strategi untuk meningkatkan pemahaman atau kemahiran membaca pelajar.  Taffy Raphael (1986) telah menyusun satu pendekatan yang dikenali sebagai Question-Answer-Relationships yang mendorong para pelajar untuk membezakan jawapan-jawapan yang terdapat dalam teks bacaan, secara tersurat atau tersirat, serta jawapan-jawapan yang perlu “difikirkan dalam minda” atau yang menyentuh kemahiran berfikir pelajar.  Pendekatan QAR ini dapat membantu para pelajar mengatur strategi yang berkesan semasa menjawab soalan.

MATRIKS QAR


“Jawapan dalam teks”
“Jawapan dalam kepala”

Jawapannya ada di situ
(Right There Questions)

Jawapan jelas dan tersurat dalam teks. Ungkapan (perkataan atau frasa) yang digunakan untuk membentuk soalan dan ungkapan yang digunakan untuk menjawab soalan yang terdapat dalam ayat/ perenggan yang sama.


Jawapannya berdasarkan pengetahuan peribadi dan pernyataan penulis
(Author & You Questions)

Jawapan tidak terdapat di dalam cerita. Pembaca perlu memikirkan tentang apa yang sudah kamu ketahui, apa yang disampaikan oleh menulis dan bagaimana kedua-duanya dapat dikaitkan.


Jawapannya perlu dicari dan difikirkan
(Think & Search)

Jawapannya terdapat di dalam teks, tetapi pembaca perlu mencari cebisan-cebisan informasi dari pelbagai bahagian dalam teks, misalnya perenggan yang berbeza, dan memikirkan cara untuk menyusunnya.


Jawapannya difikirkan sendiri 
(On My Own)

Jawapannya tidak terdapat di dalam teks. Untuk menjawab soalan ini, pembaca perlu memikirkan bagaimana teks secara keseluruhannya dapat dikaitkan dengan apa yang sudah diketahuinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan